"BUAYA" MEMANG PANTANG TENGOK "LEMBU MENONGGENG"!!!

Heh! Ini satu lagi berita yang memang takde orang pun akan rasa terkejut bila diorang mendengarnya. Sebab benda ni memang dah menjadi kebiasaan sangat bagi puak – puak PKR tu.

Ye la. Selama hari ini pun kita sendiri tau bahawa puak – puak PKR tu memang takde sokongan yang kuat dari peringkat akar umbi. Diorang banyak terpaksa bergantung kepada orang lain.

Ibarat macam ‘Kerakap Atas Batu‘ jugak la puak – puak PKR ni. Hidup segan, Mati tak sedar diri. Kalau nak harapkan diorang bergantung kepada kekuatan sendiri, memang tak ke mana la jawabnya.

Jadi, terpaksa la puak – puak PKR tu jadi macam ‘Lalang’ yang hidupnya hanya sekadar bergantung kepada ‘Tiupan Angin’. Mana angin tu bertiup, pasti kat situ jugak diorang akan tunduk.

Maka, tak heran la bila Si Wan Azizah tu buat pengumuman dengan mengatakan bahawa parti yang dia pimpin tu sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan gabungan baru yang dibentuk oleh PAS.

Kata Si Wan Azizah, perkara itu boleh berlaku sekiranya ada ‘Persamaan’ diantara mereka dengan gabungan baru yang dibentuk oleh PAS sebelum ini dengan menjadikan rakyat sebagai alasan.

Walhal sebelum ini pun kita tau ke mana arah ‘Kiblat’ puak – puak PKR tu. Kalau tak menghala ke ‘Bontot’ Si Ketua penipu tu, hidup mati semula pun diorang takkan sokong mana – mana pihak.

Agenda utama yang diperjuangkan oleh PKR hari ini sudah pun dinyatakan secara terbuka. Diorang hanya memperjuangkan kebebasan Si Ketua Penipu tu sahaja. Yang lain semua tolak tepi.

Maka kesimpulannya cukup mudah. Sekiranya gabungan baru yang dibentuk diantara PAS dan parti pimpinan Si Mamak Kadiaq tu boleh cenderung ke arah itu, takde masalah untuk diorang menjalinkan kerjasama. Kalau tidak, ‘Kirim Salam‘ je la!!!

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan blok politik ketiga, gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kesamaan dalam perjuangan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fokus parti itu ialah untuk kepentingan negara dan rakyat.


“Kalau mereka ada kesamaan, itu boleh bentuk kerjasama tapi satu (kerjasama) formal itu saya kira mesti dibincang dulu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Source: New feed