DATANG CARI MENTERI SEBAB CARI FOZIAH TAK JUMPA???

Huh! Heran jugak bila dengar cerita dari orang yang hantar gambar ni semalam. Pelik, tapi takde la sampai tahap nak hilang akal. Cuma terasa jugak heran kenapa diorang datang tak cari Foziah.

Dari apa yang dijelaskan oleh orang yang hantar gambar ni semalam, dia pun terkejut bila dapat tau mereka yang berkumpul berhampiran jalan masuk ke Parlimen tu bukannya nak bantah Bauksit.

Malah jauh sekali diorang datang untuk mencari Ahli Parlimen Kuantan bagi mengadu nasib mereka berhubung dengan isu Bauksit tu. Sebaliknya diorang datang cari Menteri NRE.

Bila ditanya, datang untuk apa, diorang kata nak hantar memorandum kepada Menteri Sumber Alam Sekitar (NRE).

“Aku pun terkejut bro. Aku ingatkan diorang datang nak bantah isu perlombongan bauksit di Kuantan tu. Tapi diorang kata tidak. Sebaliknya diorang kata, diorang nak perlombongan tu dibuka semula,” jelas sahabat yang hantar gambar tu.

Pulak dah!!! Patut la tak nampak kelibat Si Foziah tu. Tak heran la kenapa diorang berkumpul tu tak datang dengan ditemani oleh puak – puak Pakatan Haprak tu. Rupanya, lain tujuan diorang.

Kita ingatkan selama hari ni, habis SEMUA penduduk di Kuantan, terutama yang tinggal disekitar kawasan Felda Bukit Goh tu membantah sekeras – kerasnya perlombongan Bauksit ni.

Rupanya, jangkaan kita meleset. Ada jugak dikalangan diorang yang nak perlombongan Bauksit ni diteruskan sebab ianya menjadi sumber pendapatan baru kepada mereka yang terlibat.
Tapi, sebagai seorang wakil rakyat yang ‘PRIHATIN‘, kenapa Si Foziah tu tak datang jumpa mereka yang duduk berkumpul dibawah pokok ni semalam? Kenapa dia menghilangkan diri? Takkan Si Foziah tu takut kena balun ke dengan diorang yang berkumpul ni!!!

Source: New feed